SeLaMaT DaTaNg

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeLaYari LaMaN WeB RaKaN MuDa DaErAh PeNdAnG...

Friday, December 10, 2010

KURSUS REKA CIPTA BLOG...

KURSUS REKA CIPTA BLOG SIRI KE-2

Tarikh : 10-11 Disember 2010.
Tempat : Pusat Siber Rakan Muda.

Kursus Blog siri kedua telah berjalan dengan lancar dan jayanya selama 2 hari....
Lebih kurang seramai 20 orang telah menyertainya....
Setiap peserta mempunyai satu account dan satu blog masing-masing...
Setiap peserta menyiapkan blog tersebut mengikut kreativiti dan style tersendiri....

TERIMA KASIH KEPADA TENAGA PENGAJAR iaitu MOHD ADDI BIN ADNAN,DAN JUGA KEPADA PARA PESERTA YANG TELAH MENYERTAI KURSUS BLOG INI DENGAN JAYANYA...

Friday, December 3, 2010

KURSUS REKA CIPTA BLOG.

Kursus reka cipta blog siri 2...

Tarikh : 10-11 Disember 2010.
Tempat : Pusat Siber Rakan Muda Daerah Pendang...
Masa : 9.00 a.m-5.00 p.m

KURSUS REKA CIPTA BLOG SIRI 1..

Tarikh : 3-4 Disember 2010.
Tempat : Pusat Siber Rakan Muda.

Kursus Blog siri pertama telah berjalan dengan lancar dan jayanya....
Lebih kurang 10 orang peserta telah menyertainya...
Setiap peserta mempunyai satu account dan satu blog untuk persatuan atau kelab masing-masing...
Setiap peserta dapat menyiapkan satu blog persatuan atau kelab masing-masing dengan jayanya...
Dengan kreativiti-kreativiti dan gaya mereka tersendiri...

TERIMA KASIH KEPADA TENAGA PENGAJAR iaitu MOHD ADDI BIN ADNAN,DAN JUGA KEPADA PARA PESERTA YANG TELAH MENYERTAI KURSUS BLOG INI DENGAN JAYANYA...

APA ITU ARPRM

Anugerah Remaja Perdana (ARP)

Program Anugerah Remaja  Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.

Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.


GANGSA -14 TAHUN KE ATAS
 
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Rekreasi Fizikal 
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif
(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Kemahiran Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya
(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Penjelajahan dan Ekspedisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru
(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PERAK -16 TAHUN KE ATAS
 
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif
(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya
(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru
(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

EMAS – 17 TAHUN KE ATAS
 
Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif
(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya
(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru
(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)
 
Projek Penempatan
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih
(melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)
 
Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PENYERTAAN

Memberi peluang kepada belia yang berumur 13-25 tahun tanpa mengira jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental. Program ini bukan bersifat pertandingan dan lebih menekankan kepada pencapaian serta kemajuan individu. Program ini bersifat sukarela dan sekiranya anda berusia melebihi 25 tahun, anda boleh menjadi sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seperti menjadi pemimpin, mentor, jurulatih, penyelia atau penilai.

TAHAP ANUGERAH

Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.
 
BADAN OPERASI

Badan operasi adalah terdiri daripada persatuan belia, sekolah, kolej, institusi, agensi bukan kerajaan, badan-badan swasta, sektor korporat atau pasukan beruniform. Orang  yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Badan Operasi bagi mengendalikan program ini dikenali sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Antara tugas pemimpin ialah untuk memberi penjelasan mengenai program ini kepada peserta, membantu peserta memilih aktiviti, memperkenalkan peserta dengan jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat anugerah yang hendak dicapai, serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan.

FAEDAH PROGRAM

Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut :-

1. Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran; 

2. Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya;

3. Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan;

4. Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri;

5.Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif;

6. Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat;

7.Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran; dan 

8. Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

MAJLIS PERTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA NEGERI KEDAH TAHUN 2010

Tarikh : 14 November 2010
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Penerima Pingat Perak.
  1. MOHD ADDI BIN ADNAN.
Penerima Pingat Gangsa.
  1. NASRUN NAIM B.TAJUDIN.
  2. NORFARHANIM BT.TAJUDIN.
  3. SITI ZULAIHA
  4. FATIN NAZIRA BT ABD KHADIR.

MISI BANTUAN SUKARELAWAN BENCANA BANJIR

12 November 2010, Alor Setar – Misi Bantuan Sukarelawan Bencana Banjir telah dilancarkan oleh Datuk Jamil bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Bilik Gerakan Sukarelawan Banjir Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah dibuka pada 3 November 2010 yang lalu sejurus selepas bencana banjir melanda Negeri Kedah. Sukarelawan ini berfungsi untuk membantu pengurusan mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan dan juga turut membantu untuk mengedarkan bantuan-bantuan seperti makanan, air minuman dan barang-barang asas yang lain. Penglibatan sukarelawan bermula daripada 3hb. hingga 13hb. November 2010 adalah seramai 824 orang. Sukarelawan-sukarelawan ini terdiri daripada belia-belia dari seluruh Negeri Kedah dan misi ini juga turut mendapat sokongan daripada Majlis Belia Negeri Kedah.

MISI BANTUAN BANJIR DI POKOK SENA

7 NOVEMBER 2010-Seramai 50 orang sukarelawan dari Daerah Pendang berkumpul di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang untuk bergerak ke Pokok Sena untuk Misi Bantuan Banjir di sana..

Seramai 50 orang sukarelawan Daerah Pendang telah dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk misi bantuan banjir di Pokok Sena...

Setiap kumpulan dibekalkan dengan beg plastik hitam dan juga sarung tangan...1 kumpulan di letakkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang...dan 2 lg kumpulan diletakkan di 2 buah kampung untuk membantu warga kampung membersihkan rumah mereka...

Alhamdulillah,sukarelawan dapat membina kerjasama yang baik dengan warga kampung di Bukit Pinang,Pokok Sena...

Setelah selesai semuanya memberihkan rumah warga kampung,semua sukarelawan berkumpul di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang untuk bergerak balik ke Pendang..

Walaupun penat tetapi kesemua sukarelawan berasa gembira kerana dapat membantu warga kampung yang di landa banjir...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SUKARELAWAN DAN WARGA PENDUDUK BUKIT PINANG YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHU PUN TIDAK LANGSUNG...

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ESOK LUSA KITA BUAT LAGI..


KEM IKHTIAR HIDUP RAKAN MUDA DAERAH PENDANG TAHUN 2010

15 hingga 17 Julai 2010-Kem Ikhtiar Hidup Rakan Muda Daerah Pendang yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah diadakan di Hutan Lipur Bukit Perak,Pendang.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Rakan Muda dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Pendang.

Kem ini diadakan untuk membentuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan,membentuk sikap disilpin di kalangan para peserta,untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta untuk berfikir bagaimana mahu mencari dan menyediakan makanan dalam keadaan lapar...

Selain itu,para peserta juga diajar cara-cara untuk menggunakan walkie-talkie,kompas dan juga peta...Selepas para peserta belajar mengenai sistem walkie-talkie,kompas dan peta,para peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk menjalani latihan ikhtiar hidup....