SeLaMaT DaTaNg

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeLaYari LaMaN WeB RaKaN MuDa DaErAh PeNdAnG...

Friday, December 3, 2010

MISI BANTUAN SUKARELAWAN BENCANA BANJIR

12 November 2010, Alor Setar – Misi Bantuan Sukarelawan Bencana Banjir telah dilancarkan oleh Datuk Jamil bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Bilik Gerakan Sukarelawan Banjir Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah dibuka pada 3 November 2010 yang lalu sejurus selepas bencana banjir melanda Negeri Kedah. Sukarelawan ini berfungsi untuk membantu pengurusan mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan dan juga turut membantu untuk mengedarkan bantuan-bantuan seperti makanan, air minuman dan barang-barang asas yang lain. Penglibatan sukarelawan bermula daripada 3hb. hingga 13hb. November 2010 adalah seramai 824 orang. Sukarelawan-sukarelawan ini terdiri daripada belia-belia dari seluruh Negeri Kedah dan misi ini juga turut mendapat sokongan daripada Majlis Belia Negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment